Kelantan akan melakukan rombakan terhadap benteng pertahanannya untuk bertemu Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam esok.
Pemangku jurulatih The Red Warriors (TRW) Yusri Che Lah, berkata langkah itu perlu diambil bagi memastikan Kelantan tidak lagi mengalami kekalahan dalam baki enam perlawanan bagi mengelak pasukan itu tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.
“Kami adakan perubahan di bahagian tersebut kerana ia dilihat sering 'terbuka’ apabila diserang pemain lawan.
“Saya harap pemain, terutama di jentera serangan, faham dan terjemahkan dalam perlawanan. Kami tidak lagi boleh menerima sebarang kekalahan kerana ia menyukarkan pasukan untuk kekal dalam Liga Super,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.
Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Perlis itu berkata barisan penyerang TRW juga seharusnya bersikap matang apabila mempunyai peluang menjaringkan gol.
"Kematangan di barisan serangan akan wujud apabila pemain sendiri ada daya usaha menyudahkan peluang terhidang.
"Apapun, kami tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja. Pemain perlu ambil pendekatan tidak kira macam mana pun kerana kami perlu mengutip sebanyak mungkin mata dalam baki enam perlawanan itu,” katanya.
Jurulatih itu turut mengharapkan penyerang import dari Brazil, Cristiano Marcolino Santos, pulih daripada kecederaan bagi memperkuatkan jentera serangan dalam perlawanan malam esok.
"Kami harap kecederaan pahanya sudah pulih untuk diturunkan beraksi membantu kami kerana pasukan ketika ini tidak cukup pemain import. Jadi, mahu tidak mahu, dia terpaksa diturunkan juga ataupun semua pemain beri sokongan kepadanya beraksi malam esok," katanya.
Kelantan kini berada di kedudukan ke-12 dan tercorot liga dengan hanya mengumpul 11 mata selepas 16 perlawanan hasil tiga kemenangan, dua seri dan 11 kekalahan.
-- BERNAMA
Imej: Asiana