PDRM 1 KELANTAN 2
Satu-satunya aksi Liga Super yang berlangsung malam ini menyaksikan saingan sengit akhirnya memihak Kelantan yang menewaskan PDRM 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Kelantan yang memegang rekod lebih baik berbanding PDRM, melaungkan amaran lebih awal apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-31 menerusi Indra Putra Mahayuddin.
Namun kali ini, PDRM enggan mengulangi kesilapan dan bangkit menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi Muhd Fakhrul Aiman.
Aksi yang semakin sengit diredakan dengan tiupan wisel untuk separuh masa pertama tamat 1-1.
Bersambung permainan, kedua-dua pasukan cuba mencari gol pendahuluan. The Red Warriors (TRW) akhirnya kembali di hadapan pada minit ke-79, kali ini menerusi Blazhe Ilijoski.
PDRM terus menggandakan usaha, malangnya tidak berhasil.
Kelantan memperolehi peluang untuk mengukuhkan kedudukan pada masa kecederaan tetapi Indra Putra sedikit terlewat untuk menolak bola ke arah pintu gol yang sudah terbuka.
Kekalahan ini sekali gus meletakkan PDRM dalam kedudukan sukar untuk menjarakkan diri dari zon penyingkiran.