Sebuah kelab dalam Liga Perdana Bosnia and Herzegovina mengumumkan akademi bola sepak bersempena nama pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kini, ia dikenali sebagai Akademi Bolasepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail.
"Keputusan ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan antarabangsa FK Sarajevo, yang mencerminkan visi bersama para pelabur utama kelab tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, terdapat satu khabar angin menyatakan bahawa Pemangku Sultan Johor itu difahamkan memeterai perjanjian selaku pelabur dalam struktur kelab, termasuk berkemungkinan akan mengambil alih sebahagian saham.
Untuk rekod, FK Saravejo mempunyai dua pemilikan bersama antara Ismir Mirvic dan tokoh korporat negara, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.
Ada pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) juga pernah menjalani ujian bersama pasukan itu menerusi kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Julai lalu.
Harimau Selatan di bawah naungan TMJ juga mengadakan langkah kolaborasi bersama johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Paris Saint-Germain (PSG), dengan perjanjian proaktif.
Level Up Game Anda

Kelab Bolasepak Sarajevo dengan bangganya mengumumkan bahawa akademi bolasepaknya kini dinamakan sebagai Akademi Bolasepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail dengan perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 27, 2025
Keputusan ini menandakan satu… https://t.co/iXVVFPCCNm
Untuk rekod, FK Saravejo mempunyai dua pemilikan bersama antara Ismir Mirvic dan tokoh korporat negara, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.
Ada pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) juga pernah menjalani ujian bersama pasukan itu menerusi kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Julai lalu.
Harimau Selatan di bawah naungan TMJ juga mengadakan langkah kolaborasi bersama johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Paris Saint-Germain (PSG), dengan perjanjian proaktif.

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda
Dengan kasut bola Nike Phantom 6 Low Pro, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.
Level Up Game Anda