Ketua jurulatih Terengganu City FC (TCFC), Md Noor Md Derus, mahu pemainnya menggunakan sepenuhnya pengalaman beraksi menentang Kelantan dalam pusingan kedua Piala FA sebagai pembakar semangat bagi mengharungi saingan Piala FAM musim ini.
Biarpun akur dengan kekalahan 2-0 di gelanggang lawan, semangat melawan yang ditunjukkan anak buahnya cukup membanggakan. Lebih daripada itu, mereka berjaya mengelak daripada dibelasah skuad kendalian Yusri Che Lah itu.
“Apabila kami telah buat yang terbaik dan kalah (dua jaringan tanpa balas), saya berpuas hati dengan persembahan pemain kerana semua tahu Kelantan sebuah pasukan yang hebat dan memiliki pemain yang berkualiti.
“Pengalaman beraksi menentang Kelantan cukup berguna kepada pemain saya dan kami akan gunakan sepenuhnya pendedahan ini dalam Liga FAM nanti,” katanya.
Md Noor, yang juga bekas pemain kebangsaan, mengakui strategi menggunakan penyerang tunggal bagi memberi lebih tumpuan kepada barisan pertahanan mengekang penyerang The Red Warriors (TRW) daripada menguasai bola.
“Kami main dengan seorang penyerang kerana mahu lebih fokus di bahagian tengah dan pertahanan supaya dapat menyerap asakan penyerang TRW.
“Kalau bermain secara terbuka, mungkin kami akan kena lebih banyak jaringan kerana lawan menyerang kiri dan kanan,” katanya lagi.