REAL MADRID 0 BARCELONA 1
Dani Carvajal percaya bola sepak sedang bersikap tidak adil kepada Real Madrid selepas mengalami kekalahan di laman sendiri dalam saingan LaLiga kepada Barcelona yang menyaksikan mereka ketinggalan 12 mata kepada pendahulu itu.
Selepas tewas 3-0 kepada Barca dalam aksi kedua separuh akhir Copa del Rey, Real sekali lagi tewas kepada skuad bimbingan Ernesto Valverde itu di Santiago Bernabeu tiga hari kemudian.
Ivan Rakitic muncul penyumbang jaringan tunggal perlawanan, sekali gus meletakkan Barcelona di landasan untuk menjuarai LaLiga sekali lagi musim ini.
Barca menjadi pasukan pertama memenangi tiga perlawanan berturut-turut ketika berkunjung ke Santiago Bernabeu bagi mendominasi pencabar mereka itu dalam El Clasico.
Real yang diaibkan 5-1 di Nou Camp awal musim ini, membazirkan setiap peluang terhidang, di mana Marc-Andre ter Stegen tidak banyak dikerah melakukan aksi menyelamat.
Tetapi Carvajal menegaskan Real berhak meraih keputusan yang lebih positif daripada tewas di laman sendiri dua kali berturut-turut buat kali pertama sejak Januari 2018.
"Bola sepak bersifat tidak adil kepada kami dalam dua perlawanan. Kami memiliki peluang untuk meraih kemenangan atau sekurang-kurangnya tidak tewas kepada mereka," kata Carvajal. "Ini merupakan minggu paling sukar buat kami.
"Kami mungkin mengucapkan selamat tinggal kepada LaLiga dan hampir melangkah ke pentas final Copa del Rey. Tetapi kami perlu bangkit dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) tetapi kami mengakui Barcelona memiliki segala kelebihan."
Pertahanan, Clement Lenglet, yang menggantikn Samuel Umtiti yang masih belum kembali ke dalam skuad utama, mempamerkan dua hadangan penting bagi memastikan Barcelona tidak dibolosi.
"Kami bermain dengan cemerlang dan menyempurnakan perlawanan," kata Lenglet.
"Kami perlu menang dua kali di Bernabeu dan berjaya melakukannya.
"Ia sesuatu yang baik buat kami. Kami perlu menang untuk menjarakkan Real Madrid dan mengekalkan kelebihan mata ke atas Atletico Madrid, kami bermain dengan sangat baik.
"Dua kekalahan dalam aksi Clasico sukar diterima oleh mana-mana pemain. Saya sangat gembira kerana bersama pasukan yang meraih kemenangan," ujarnya lagi.