Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan ASEAN B-16: Satu pendedahan terbaik buat skuad muda wanita negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

b-16.jpg
Jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16) wanita negara, Leila Chua, mensasarkan anak buahnya sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan dalam Kejohanan Asia Tenggara (ASEAN) B-16 itu di Surakarta, Indonesia bermula 20 hingga 29 Ogos ini.

Ini selepas mengambil kira seteru utama iaitu tuan rumah yang menanti di perlawanan kedua, pastinya tampil dengan merencanakan sesuatu untuk menggagalkan misi negara.

Mengulas mengenai cabaran bertemu Indonesia yang bakal mendapat sokongan padu penyokong sendiri, Leila yakin pendekatan berpasukan akan menjadi kunci utama.

Selain itu, dia berharap setiap pemain mampu mengawal emosi dan tidak mudah tertekan dengan suasana luar padang, sebaliknya menumpukan sepenuhnya kepada disiplin permainan serta strategi yang telah dirangka.




"Ini adalah peluang terbaik untuk kami bertanding di peringkat antarabangsa dan sudah tentu kami mahu memberikan yang terbaik.

"Kami akan mengharungi kejohanan ini satu per satu," katanya.

Meskipun kebanyakannya turun tanpa pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa, namun kesungguhan yang terbuku di hati mampu menjadi perbezaan bagaimana mereka mengendali tahap tekanan perlawanan.

"Setakat ini, Alhamdulillah. Kami sudah melakukan persiapan yang baik. 

"Kami akan bersungguh-sungguh demi negara," kata pemain tengah, Qistina Fais.
 
Kasut Bola

Kasut Bola Baru, Semangat Pun Baru

Selesa, ringan & tahan lasak — sesuai untuk sesi training mahupun game hujung minggu. Pilihan tepat untuk semua peminat bola.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video