Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF Bolasepak Pantai: Markless Komii muncul juara

markless-komi.jpg
Skuad bola sepak pantai negara, 'Markless Komii', mengharumkan nama negara apabila merangkul Kejohanan Festival Bolasepak Pantai AFF.

Bagaimanapun beberapa persoalan timbul apabila media sosial dibanjiri dengan dakwaan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 'menyisihkan' pasukan ini tanpa apa-apa bantuan dan sokongan menjelang kejohanan tahunan itu. 

"Saya amat berbangga dengan pemain yang membarisi pasukan ini dan sebilangan besar mereka merupakan pemain dalam skuad kebangsaan," kata jurulatih pasukan, Wan Adremy Indera. 

Pasukan dari Terengganu itu muncul juara dengan mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengatasi semua perlawanan yang diadakan secara liga sepusingan.

Tambah garam pada luka, difahamkan tiada sebarang ucapan tahniah daripada badan induk itu walaupun pasukan itu sudahpun berjaya menjuarai kejohanan tersebut.

"Kami tidak menyalahkan mana-mana pihak, kami berharap sukan bola sepak pantai ini memiliki bakat yang tersendiri.

"Kami memasuki kejohanan ini melalui kelab dan sebab itu kami memerlukan dana. Pasukan Malaysia pada asalnya telah menarik diri dan kami menyertai saingan ini atas tiket jemputan. Jika terdapat mana-mana lagi kejohanan akan datang, setiap pemain sudah bersedia untuk mengharumkan nama Malaysia.".
Imej: Markless Soccer Team

Advertisement

Must Watch Video