Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B19: Sikap, disiplin faktor kemenangan Malaysia

harimau-b19.jpg
Ketua jurulatih skuad B19 negara, Hassan Sazali Waras, menyifatkan sikap dan disiplin barisan pemain menjadi kunci kejayaan Malaysia berjaya mengulangi pencapaian 2018 di Kejohanan AFF B19 semalam.

Skuad kendalian Hassan Sazali turut berjaya membalas dendam ke atas lawan sama di perlawanan terakhir peringkat kumpulan, di mana skuad muda negara tewas 0-1 kepada Laos sebelum ini.

Aksi menakjubkan dipamer barisan pemain negara selepas Malaysia menewaskan Laos 2-0 di final.

Malaysia meraih gol pertama menerusi Faiz Amer Runnizar pada minit ke-14 sebelum Aliff Izwan menambah gol di babak kedua perlawanan pada minit ke-77.

"Kami amat bersyukur dengan kemenangan ini. Syabas diucapkan kepada setiap pemain dan barisan kejurulatihan serta pengurusan," kata Hassan.

Sementara itu, Hassan berpuas hati dengan prestasi kesemua anak buahnya yang memainkan peranan masing-masing dengan baik.

Tambahnya, prestasi itu mampu digilap atau ditambah baik menjelang kelayakan Piala AFC B20 2023 di Mongolia September depan.

"Saya amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan setiap pemain. Saya berharap kemenangan ini sebagai persiapan untuk melayakkan diri ke Kejohanan AFC pula di Mongolia."

Advertisement

Must Watch Video