'Saya memang jangka jadi juara, tapi saya tidak jangka dinobatkan sebagai pemain terbaik', itu kata-kata kapten skuad B19 negara, Aysar Hadi, selepas pasukan kendalian Hassan Sazali Waras menjuarai Kejohanan AFF B19.
“Syukur kami dapat mencipta sejarah untuk menjuarai trofi Piala AFF B-19 buat kali kedua.
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini tetapi sudah pasti cukup puas dapat membantu pasukan melakar kemenangan."
“Namun, ini adalah kejuaraan bersama hasil kerja keras rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan,” katanya selepas tamat perlawanan.
Di sebalik kejayaan itu, pemain tengah, Haiqal Haqeemi Hairi turut berkongsi bahawa mereka hanya meraih momentum selepas aksi terakhir kumpulan sebelum perlawanan peringkat separuh akhir.
Haiqal mengakui hanya raih momentum selepas menghadapi tiga perlawanan peringkat kumpulan setelah dua tahun tidak beraksi.
Kali terakhir mereka berkumpul ketika mewakili skuad B17 negara di Jepun pada tahun 2020.
Pemain pasukan Selangor 2 itu juga berkongsi cara ketua jurulatih mereka untuk memastikan anak buahnya terus berada dalam motivasi terbaik.
Hassan pula menyifatkan kejayaan itu bukti Malaysia tidak ketandusan pelapis untuk memberi cabaran di peringkat lebih tinggi.
Jurulatih berusia 56 tahun yang pernah menjadi penolong pengendali skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mahu mencapai misi seterusnya, untuk memastikan pasukan negara layak ke Kejohanan AFC B20 pada tahun depan.