Skuad muda negara berdepan tugas getir dalam Kejohanan AFC B-23 di China, Januari depan apabila diundi bersama juara 2013, Iraq, serta naib juara, Arab Saudi, manakala Jordan melengkapkan senarai pasukan dalam Kumpulan C itu.
Malaysia yang diterajui Datuk Ong Kim Swee layak ke saingan 16 pasukan terbaik di Asia itu buat julung kalinya selepas menjuarai saingan kelayakan Kumpulan H di Thailand, Julai lalu.
Begitupun, Kim Swee ketika dihubungi tetap positif dengan hasil undian tersebut dengan berkata: "Sebelum undian lagi, kami percaya diundi dalam mana-mana kumpulan sekalipun merupakan tugasan yang cukup mencabar.
"Apabila diundi dalam satu kumpulan bersama-sama Iraq, Jordan dan Arab Saudi, saya menganggap ia adalah pengalaman yang baik untuk pemain kita dan pada masa yang sama, kami perlu cuba untuk melangkah ke peringkat seterusnya."