Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, lega dengan kehadiran semula Lee Tuck daripada penggantungan menjelang aksi berdepan Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super, malam ini.
Kehadiran semula Tuck selepas penggantungan mengukir senyuman di wajah Irfan ketika pasukannya turut bebas daripada kecederaan pemain lain.
Menyedari Tuck bakal menjadi tumpuan barisan Fabio Maciel, Irfan bagaimanapun meletakkan kepercayaan penuh kepada Tuck untuk mengeksploitasi situasi itu.
"Apa yang dikatakan jurulatih lawan yang berhasrat untuk merantai Lee Tuck dengan baik, mungkin itu salah satu daripada taktik mereka.
"Lee Tuck tidak akan duduk di dalam satu posisi sahaja. Dia akan melilau di atas padang," kata Irfan.
Terengganu konsisten dengan tiga kemenangan berbeza, sebaliknya Kuala Lumpur yang sukar mencari keputusan konsisten saban minggu.
Bagaimanapun, Irfan menolak hal itu sebagai andaian mudah untuk anak buahnya berasa selesa di Stadium Cheras malam ini.
"Tiga kemenangan berturut-turut melonjakkan motivasi barisan pemain saya.
"Saya ingin mengingatkan kepada pemain supaya tidak mengambil jalan mudah walaupun Kuala Lumpur tewas dengan jaringan besar kepada Pahang, minggu lalu," katanya lagi.
Imej: Asiana