Skip to main content

Bola Sepak

Kedudukan terkini Malaysia dalam ranking FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

statement-new-design-2023-02-(1).jpeg
Skuad bola sepak Malaysia menduduki tangga 137 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Kedudukan terbaru itu juga menyaksikan Malaysia berada itu tangga ketiga ASEAN di belakang Vietnam (94) dan Thailand (112). Malaysia kini mengumpul 1096.72 mata selepas dua perlawanan menentang India dan Tajikistan. Ini bermakna skuad Harimau Malaysia mencatatkan penurunan 3 anak tangga berbanding di kedudukan 134 (1094.9 mata) pada September.

Namun begitu, skuad bimbingan Kim Pan-gon berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking dalam misi Kelayakan Piala Dunia menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada November. Kemas kini ranking FIFA yang seterusnya adalah pada 30 November 2023.

Kredit: FAM

Ranking Harimau Malaya | 26 Oktober 2023

Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 137 dunia, turun 3 anak tangga berbanding 134 pada kemas kini terdahulu, 21 September 2023.

* Kemas kini seterusnya 30 November 2023#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/7B06ISojTJ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 26, 2023

Advertisement

Must Watch Video