Skip to main content

Bola Sepak

Kedah sah naib juara tumbangkan Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah_1.jpg
Kedah mengesahkan kedudukan selaku naib juara Liga Super 2020 selepas menewaskan Perak 3-2 dalam perlawanan terakhir mereka di Ipoh sebentar tadi.

Gol pemain pertahanan, Renan Alves, menjadi pemisah kedua-dua pasukan selepas aksi dalam babak pertama terikat 2-2.

Leandro Dos Santos memacu kebangkitan The Bos Gaurus dalam separuh masa pertama tetapi ia masih belum cukup untuk menafikan Kedah yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat ke Piala AFC musim depan.
 

Asia, Here We Come!

Posted by FA Kedah on Sunday, 11 October 2020

Turun tanpa ketua pasukan yang juga pertahanan tengah, Shahrul Saad, benteng Perak dibolosi seawal minit ke-28 apabila penyerang import, Kpah Sherman, menggunakan kekuatan fizikalnya sebelum memperdayakan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Berselang tiga minit, giliran pemain muda Kedah, Fadzrul Danel Nizam, mencatat nama selaku penjaring selepas memanfaatkan lorongan kaptennya, Baddrol Bakhtiar.

Seperti kebiasan, Perak bukanlah lawan yang mudah mengaku kalah dan penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi, berpeluang untuk menambah koleksi jaringannya musim ini tetapi sepakan penaltinya -- selepas Firdaus Saiyadi dijatuhkan Rizal Ghazali --  diselamatkan penjaga gol Kedah, Azri Abdul Ghani.

Mujur sepakan penalti itu dibatalkan pengadil, Razlan Joffri Ali, selepas mengesan Azri keluar terlalu awal dari kawasannya dan Leondro tidak mensia-siakan kesempatan kedua itu untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-42.

Tidak lama sebelum ke bilik persalinan, Leandro sekali lagi menemui sasaran selepas menanduk masuk bola daripada sepakan percuma Rafiuddin Roddin untuk skuad kendalian Mehmet Durakovic itu kembali mengikat kedudukan dalam waktu kecederaan.

Bagaimanapun, Kedah bimbingan Aidil Sharin Sahak, tampil lebih kemas dalam babak kedua dan berpunca daripada sepakan penjuru Baddrol, Alves menanduk masuk gol kemenangan pasukannya pada minit ke-63.

Dengan kemenangan itu, Kedah sah bergelar naib juara dengan 22 mata -- tujuh mata di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT) -- manakala Perak jatuh ke tangga keempat dengan 18 mata.

 

? KEDUDUKAN CIMB LIGA SUPER - PUSINGAN LS11 #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020

Posted by Malaysian Football League on Sunday, 11 October 2020




Keputusan lain:
Terengganu FC 2 Pahang 1
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video