Skip to main content

Bola Sepak

Kedah kembali fokus hadapi saingan Piala Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-darul-aman.jpg
Ketiadaan Aidil Sharin Sahak yang tidak lagi mengemudi Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas tamat saingan Liga Super 2022 meninggalkan sedikit kesan kepada pemain yang bakal menghadapi saingan Piala Malaysia 2022 menjelang 26 Oktober Ini.

Pemain sayap Sang Kenari, Muhammad Fayadh Zulkifli, berkata, semua pemain juga mahu kembali bangkit daripada lima kekalahan berturut-turut saingan Liga Super sebelum Ini.

Menurutnya, semua pemain perlu kembali fokus dengan melakukan persiapan rapi di bawah kendalian Ketua Jurulatih Interim, Victor Andrag, bagi menghadapi Negeri Sembilan pada pusingan pertama Piala Malaysia.

"Memang saya terasa ketiadaan Aidil Sharin dan pemain-pemain Kedah turut mengakui kehilangannya tapi kami kena bangkit kerana ada lagi perlawanan yang perlu ditempuhi," katanya menerusi Sinar Harian.

"Aksi Piala Malaysia tidak sama dengan Liga Super kerana dua pertandingan yang berbeza. Kami juga perlu kembali bersemangat untuk menghadapi Piala Malaysia ini."

Muhammad Fayadh berkata, beberapa pemain muda termasuk dirinya sudah biasa dengan corak latihan Victor semasa beraksi bersama pasukan Piala Presiden Kedah.

Menurutnya, pemain-pemain lain juga tidak mempunyai masalah dengan cara Victor yang sebelum ini telah membantu Aidil Sharin sebagai Penolong Ketua Jurulatih sejak empat tahun lalu.

"Kepada penyokong Kedah pula, teruskan sokongan kepada kami. Kami akan Cuba bangkit pada Piala Malaysia musim Ini," ujar beliau.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video