KEDAH 1 JDT 1
Kedah menafikan hajat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk melebarkan penguasaan di puncak Liga Super apabila bangkit untuk mengikat pelawat 1-1 di Stadium Darulaman, sebentar tadi.
Kedah yang kehilangan tonggak pertahanan kental, Renan Alves, akibat penggantungan memaksa mereka mengubah percaturan berikutan skuad Harimau Selatan itu hadir dengan reputasi 16 gol dalam enam perlawanan setakat ini.
Kepincangan akibat ketiadaan pertahanan dari Brazil itu memaksa Kedah bekerja keras dalam usaha mengekang jentera serangan JDT yang memiliki kelincahan Safawi Rasid, Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez
Seawal minit ketiga permainan, situasi tegang sudah tercetus yang membabitkan pemain kedua-dua pasukan ekoran kekasaran yang berlaku di hadapan kotak penalti Kedah.
Situasi hampir serupa berlaku lagi pada minit ke-10 yang menyebabkan Amirul Hisyam Awang Kechik dilayangkan kad kuning.
Safawi yang bertanggungjawab untuk memanfaatkan situasi bola mati itu kemudian meneruskan momentum jaringannya minggu ini dengan rembatan rendah yang mengelirukan penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kassim.
Begitupun, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Kedah yang mula mengatur gerakan lebih tersusun ke gawang JDT.
Kecekapan Fernando Rodriguez menghidu peluang di depan gol pantas disambarnya dengan kepala untuk jaringan penyamaan pada minit ke-30.
JDT pula beberapa kali hampir merobek pintu gol Kedah, namun ternyata Ifwat lebih bersedia sementara satu tolakan Diogo dipatahkan Rizal Ghazali ketika permainan menuju waktu rehat.
Kedua-dua pasukan terus melancarkan beberapa siri serangan dengan misi mencari tambahan gol. Namun, keampuhan pertahanan masing-masing menafikan kemenangan mereka untuk sekadar berkongsi satu mata.
Keputusan lain:
Liga Super
SELANGOR 1 TERENGGANU 0
MELAKA UNITED 0 PERAK 0
Liga Perdana
UKM FC 0 NEGERI SEMBILAN 1
KELANTAN 1 TERENGGANU FC II 1