Pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, memberi bayangan skuad Kenari itu akan tampil lebih berkualiti dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
“Sang Kenari bakal mempunyai sayap-sayap baru untuk terbang lincah dan laju di tahun dan musim baru. Semoga sayap-sayap ini juga sayap-sayap yang berdata dan bijak," katanya.
Ketika ini, Kedah sedang rancak membawa masuk beberapa pemain, antaranya pemain naturalisasi, Lee Tuck, selain mengumumkan ketibaan pemain import dari Tajikistan untuk mengisi kuota Asia, Amirbek Juraboev.
Mohd Daud berharap penyokong Kedah akan teruja dan lebih berbangga menyokong perjalanan pasukan itu musim depan.
“Suara sokongan serta doa anda semua di sepanjang tahun 2023 adalah pembakar semangat Sang Kenari yang paling ampuh. Kita sama-sama randuk 'ayaq' dan 'ragagh' bukit sampai berjaya.
“Kami tidak boleh janji bulan dan bintang. Kami hanya boleh janji satu perkara. 'The best never rest'. Kami akan sentiasa berlatih dan berlatih sehingga kami menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik,” katanya.
Kredit: Sinar Harian
Kredit foto: Kedah Darul Aman FC