Pemain tengah England, Dele Alli, akan menjalani pemeriksaan imbasan ekoran kecederaan paha yang dialami semasa melakar kejayaan 2-1 ke atas Tunisia dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia 2018.
Ketua pasukan, Harry Kane, muncul wira dalam kemenangan dramatik lewat perlawanan di Volgograd dengan rakan sepasukannya di Tottenham, Alli, terpaksa memberi laluan kepada Ruben Loftus-Cheek.
Skuad Gareth Southgate menjalani latihan ringan di Repino hari ini dan akan menyambung perjuangan di Russia dengan menghadapi Panama di Nizhny Novgorod pada Ahad.
Panama tewas 0-3 dalam perlawanan pembukaan menentang Belgium.