Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kecederaan otot halang aksi Reina bersama La Roja

injured-reina-out-of-spain-squad.jpg
Pepe Reina terpaksa menarik diri daripada skuad Sepanyol selepas gagal pulih daripada kecederaan otot.

Penjaga gol Napoli berusia 34 tahun itu tidak menjalani latihan sejak dua hari lalu dan ujian imbasan mengesahkan dia mengalami kecederaan paha.

Untuk itu, tempat Reina kini digantikan dengan penjaga gol berusia 21 tahun, Kepa, dari Athletic Bilbao.

"Jose Manuel Reina akan meninggalkan kem pasukan kebangsaan selepas keadaan fizikalnya tidak bertambah baik seperti yang diharapkan," kata kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi Sepanyol.

"Ini menjadikan Kepa Arrizabalaga yang berlatih dengan pasukan semalam, akan menggantikan posisi Pepe Reina."

Laporan di Itali menyatakan kecederaan Reina itu tidak serius, ini bermakna dia akan dapat menghadapi aksi Serie A dan Coppa Italia -- dua perlawanan menentang Juventus -- selepas jadual perlawanan antarabangsa.

Sepanyol akan menentang Israel dalam kelayakan Piala Dunia esok sebelum bersemuka dengan Perancis dalam perlawanan persahabatan pada 28 Mac.
 

Advertisement

Must Watch Video