SUKAN LAIN
KBS tumpu sukan berimpak tinggi untuk Geran Padanan Sukan
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr K Nagulendran, mengumumkan permohonan bagi empat kategori pemberian dana tahun ini telah dibuka sepenuhnya.
Tahun ini KBS memperkenalkan takwim permohonan yang terbahagi kepada empat tarikh yang merangkumi empat kategori dana iaitu Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara, Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Dana Bantuan KBS.
"Kami telah memuat naik permohonan ini sejak 15 Januari lalu jadi dengan pengumuman hari ini, kami galakkan semua agar membuat permohonan di atas talian," katanya dalam satu majlis di Putrajaya hari ini.
Iklan
Penganjuran kejohanan yang menggunakan GPS sebanyak RM50j tahun lalu misalnya adalah Pestabola Merdeka, Ironman serta Standard Chartered Marathon dengan nilai paling tinggi bagi setiap penganjuran adalah RM1j.
"Kami nak pelbagaikan jenis sukan. Tahun ini kami fokus kepada sukan yang memberi impak tinggi dan prestasi tinggi.
"Dalam garis panduan (ditetapkan), kami cuma akan pertimbangkan permohonan yang melebihi RM50,000.
"Pengalaman tahun lalu, ada (permohonan) 'runcit-runcit' yang telah kami salurkan kepada DSK, kali ini pula lebih kepada sukan yang memberi impak tinggi dan berspesifikasi tinggi," katanya lagi.
Must-Watch Video