Skip to main content

Bola Sepak

Karier Iniesta bersama Sepanyol tidak berakhir dalam Piala Dunia

andresiniesta.jpg
Andres Iniesta mungkin akan meneruskan karier bersama Sepanyol selepas tamat kempen Piala Dunia walaupun agak sukar selepas meninggalkan Eropah.

Legenda Barcelona, Iniesta, akan meninggalkan Nou Camp untuk ke Jepun bagi menyertai Vissel Kobe selepas mengharungi karier yang gemilang di Eropah.

Pemain tengah itu akan kembali beraksi untuk Sepanyol buat kali pertama dalam Piala Dunia di Russia tetapi masih belum membuat keputusan mengenai kariernya dalam saingan antarabangsa.

"Piala Dunia ini mungkin penampilan terakhir saya tetapi setelah kempen kali ini tamat, segala-galanya akan dinilai. Saya akan mula beraksi di Jepun dan melihat kepada setiap kebarangkalian.

"Saya tidak menolak untuk terus berkhidmat bersama Sepanyol tetapi ia adalah sesuatu yang sukar selepas meninggalkan Barcelona. Sukar untuk mengekalkan prestasi terbaik selepas Piala Dunia berakhir.

"Jika saya dipanggil, saya akan terus menampilkan aksi yang cemerlang hanya jika saya berada di tahap kecergasan terbaik."

Advertisement

Must Watch Video