N'Golo Kante teruja kerana membantu The Blues meraih "kemenangan bergaya" selepas menyingkirkan Manchester United daripada saingan Piala FA, awal pagi tadi.
Kante meledak gol tunggal perlawanan ketika berdepan United yang beraksi dengan 10 pemain selepas Ander Herrera dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas Eden Hazard dalam babak pertama perlawanan.
Jaringan itu ternyata membuat Jose Mourinho terus terluka di Stamford Bridge, kekalahan kedua beliau selepas tewas 4-0 dalam saingan liga.Here's another few looks at that Kanté goal. Such an impressive finish from a player who so rarely scores. #CFC pic.twitter.com/FkafwPMA7t
— Chelsea GIFs (@ChelseaGIFs) March 13, 2017
"Saya sangat gembira kerana kembali menjaringkan gol," kata Kante kepada BBC Sport.
"Saya amat teruja dengan kemenangan ini.
"United adalah pasukan yang kuat, mereka memberikan kesukaran kepada kami, selepas Herrera dibuang padang, segalanya mudah buat kami.
"Kami berharap untuk mara ke final selepas ini, itu adalah sasaran kami.
Kapten Chelsea, Gary Cahill, memuji persembahan Kante dan percaya pemain kebangsaan Perancis itu telah meningkatkan mutu permainannya selepas berhijrah dari Leicester, awal musim ini.
"Kante mempamerkan aksi yang mantap, persembahannya membantu pasukan kami. Dia adalah pemain yang penting, membantu bahagian pertahanan serta serangan."