Skip to main content

Bola Sepak

Kane selamatkan England berdepan Tunisia

harry-kane_1urgv7z0eti431c6ezxfo9t9qu.jpg
ENGLAND 2 TUNISIA 1

Harry Kane menandakan penampilan sulungnya dalam Piala Dunia dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ketika England bekerja keras mengalahkan Tunisia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G di Volgograd Arena, awal pagi tadi.


Penyerang dan kapten England itu membawa negaranya berada di depan pada minit ke-11 sebelum Tunisia mengimbangi perlawanan pada minit ke-35.

Ketika itu, Kane membuat sentuhan bersahaja terhadap bola yang tepis penjaga gol Tunisia, Mouez Hassen, susulan percubaan pertama menerusi tandukan John Stones.

Kemudiannya, pengadil, Wilmar Roldan, menunjuk tempat di mana Kyle Walker mengasari Fakhreddine Ben Youssef dengan menggunakan lengan, dan Ferjani Sassi berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti walaupun sepakan tersebut tidak meyakinkan.

Selepas itu, England melepaskan banyak peluang dan mereka juga tidak tidak berpuas hati dengan prestasi Roldan apabila pengdadil dari Colombia itu tidak mempedulikan banyak rayuan penalti daripada skuad The Three Lions.

Skuad Gareth Southgate itu tampil dengan idea lebih baik dalam separuh masa kedua, dengan Tunisia seolah-olah sedia untuk melihat apa yang terjadi dengan kedudukan seri tidak dijangka itu.

Tetapi, pada minit pertama masa kecederaan, mereka membuat kesilapan dengan meninggalkan Kane tanpa kawalan dalam kotak penalti buat kali kedua dan pemain itu mengambil kesempatan menerusi tandukan bagi memastikan England memulakan kejohanan dengan langkah kanan.

Advertisement

Must Watch Video