Harry Kane tidak berasakan Callum Hudson-Odoi yang kurang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menghalangnya daripada menyinar bersama England.
Pemain muda Chelsea, Hudson-Odoi, dipanggil menyertai skuad Gareth Southgate itu selepas Luke Shaw menarik diri ekoran kecederaan, namun tidak memiliki pengalaman beraksi dalam EPL.
Bagaimanapun, pemain berusia 18 tahun itu kerap turun beraksi untuk The Blues bagi saingan Liga Europa sementara membantu kelab itu melangkah ke final Piala EFL sekali gus berjaya menarik perhatian gergasi Bundesliga, Bayern Munich.
"Setiap orang memiliki jalan berbeza untuk sampai ke puncak. Saya kerap kali dipinjamkan dan berusaha mencari pengalaman bersama kelab lain," kata Kane yang dipinjamkan ke Leyton Orient, Millwall, Norwich City dan Leicester City sebelum ini.
"Hudson-Odoi telah menikmati saingan seperti UEL, Piala EFL dan tampil sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.
"Saya pasti dia mahu beraksi dan meraih pengalaman di tahap tertinggi. Kami akan melihat peningkatannya dalam beberapa tahun lagi.
"Ia sangat penting buat pemain-pemain muda meraih pengalaman. Semua orang mengetahui dia adalah pemain yang berkualiti.
"Saya pasti beberapa tahun lagi dia mampu menampilkan permainan bertaraf dunia."
Seorang lagi pemain baru dipanggil menyertai skuad England selain Hudson-Odoi adalah pemain tengah West Ham, Declan Rice.
"Dia telah menampilkan permainan cemerlang bersama West Ham. Dia mengambil keputusan yang besar selepas memilih England sebagai skuad kebangsaan berbanding negara kelahirannya, Republik Ireland.
"Tetapi ia merupakan impian semua pemain beraksi untuk England kerana dibarisi pemain-pemain berkualiti."