Kapten England, Harry Kane, berminat untuk menamatkan penguasaan Cristiano Ronaldo dalam pemburuan Kasut Emas Piala Dunia.
Kane akan membarisi skuad England sebagai kapten dalam aksi pertama mereka menentang Tunisia di Volgograd, awal pagi esok.
Juara lima kali Ballon d'Or, Ronaldo, membantu Portugal meriah keputusan seri 3-3 menentang Sepanyol kelmarin, melengkapkan hatriknya menerusi sepakan percuma pada minit-minit akhir di Sochi.
Kane meletakkan dirinya dalam persaingan daripada segi jumlah gol -- dia mengalahkan Ronaldo di peringkat kelab dan negara sepanjang 2017 -- dan mahu menunjukkan prestasi sama di peringkat terbesar.
"Ya, sudah pasti dia memberikan saya sedikit tekanan," kata Kane ketika ditanya tentang penyudah hebat Ronaldo dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Dia pemain hebat dan mempunyai perlawanan hebat tetapi seperti biasa, saya menumpukan perhatian kepada diri sendiri dan pasukan.
"Mudah-mudahan saya dapat menjaringkan hatrik dan kami berdua akan sama. Tetapi ia bukan sesuatu yang saya akan terlalu fikirkan."
Ketika kempen Piala Dunia England berakhir di peringkat kumpulan empat tahun lalu, Kane baru saja berada dalam kesebelasan utama di Tottenham berikutan kerap dipinjam keluar.
Pemain berusia 24 tahun itu nyata menunjukkan peningkatan yang cepat dan pemilihannya sebagai kapten pasukan tidak dapat dipertikaikan dalam skuad utama Gareth Southgate itu.
"Empat tahun lalu, saya menontonnya ketika bercuti. Saya bermain enam atau tujuh perlawanan terakhir musim Liga Perdana di bawah (bekas bos Tottenham) Tim Sherwood," kata Kane.
"Mauricio Pochettino datang pada musim panas dan membuat saya cergas, membuat saya lebih baik -- lebih kuat.
"Saya sentiasa bekerja keras di padang latihan dan mengambil peluang. Beberapa tahun kebelakangan ini, ia menakjubkan -- bertambah baik.
"Saya sangat teruja berada di pentas terbesar ini, saya tidak sabar untuk menunjukkan kepada dunia apa yang saya ada."