Skip to main content

Bola Sepak

Kane kecewa keputusan pengadil walaupun England menang

harry-kane_198kwj9hj3mv31k4wzypy999m8.jpg
Harry Kane melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan penalti ketika England menewaskan Tunisia 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan G, Piala Dunia di Volgograd Arena, awal pagi tadi.

Tandukan Kane pada masa kecederaan memastikan skuad The Three Lions itu meraih tiga mata selepas sepakan penalti Ferjani Sassi menyamakan jaringan pembukaan daripada kapten England itu.

Keputusan menghadiahkan penalti kepada Tunisia kelihatan kurang tepat selepas Kyle Walker dipersalahkan mengasari Fakhreddine Ben Youssef dengan menggunakan lengan.

Bagaimanapun, England beberapa kali mengeluh kepada pengadil, Wilmar Roldan, kerana rayuan mereka bagi mendapat penalti tidak dilayan.

Dengan video bantuan pengadil (VAR) yang digunakan dalam Piala Dunia, Kane nyata keliru dengan keputusan Roldan walaupun skuad Gareth Southgate itu mencuri tiga mata.

"Kami mungkin agak kecewa dengan (keputusan) itu," kata pemain terbaik perlawanan, Kane, dalam sidang akhbar.

"Sudah tentu apabila kamu melihat penalti yang mereka dapat -- saya tidak melihatnya semula -- ia kelihatan agak mudah.

"Tujuan VAR adalah untuk melihat keputusan seperti itu. Jika mereka tidak fikir ia adalah penalti, maka kita harus menggunakannya.

"Bagi saya, saya berusaha untuk menjauhkan diri (daripada pemain pertahanan), saya cuba berlari ke beberapa penjuru dan tidak dapat bergerak."

Pendekatan agresif Tunisia membuat perlawanan sukar untuk England tetapi Kane gembira dengan tindak balas England.

"Ini sebahagian daripada perlawanan," kata Kane yang menjadi pemain England pertama menjaringkan dua gol dalam satu-satu perlawanan Piala Dunia selepas Gary Lineker pada 1990.

"Kami melihat beberapa perlawanan lain ada banyak penalti dan kebanyakannya saya boleh katakan adalah keputusan mudah.

"Diharapkan apabila menontonnya semula, mereka boleh melakukannya dengan baik untuk perlawanan seterusnya. Saya lebih bangga kerana kami terus bangkit, berjuang dan membuatkan peminat kami gembira."

Advertisement

Must Watch Video