Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, mengakui dia pernah beberapa kali memikirkan berapa lama tempoh yang diperlukan untuk berjaya di peringkat kelab dan antarabangsa.
Pemain berusia 24 tahun itu pernah dipinjamkan ke Leyton Orient dan Millwall ketika di awal karier tetapi semalam dia baru sahaja memperbaharui kontrak selama enam tahun untuk terus bersama Spurs selepas menjaringkan 30 gol liga dalam musim 2017/18.
Kane mengesahkan statusnya dalam skuad utama Spurs sejak musim 2014/15 tetapi mengakui tidak pernah memikirkannya sewaktu beraksi dalam liga bawahan.
"Memang pernah wujud situasi yang sangat sukar," katanya.
"Saya pernah tidak dapat beraksi dalam Liga Kejuaraan dan membuatkan saya terfikir tentang tempoh masa yang diperlukan untuk menyertai skuad kebangsaan England.
"Bagaimanapun, saya sentiasa mengekalkan fokus dan percaya mampu melakukannya. Ia hanya memerlukan kerja keras dan itu yang saya lakukan. Kini, saya perlu mengekalkan prestasi dan berusaha lebih gigih untuk naik ke satu tahap yang baru."
Kane yang akan mengetuai England di pentas Piala Dunia 2018 turut mengakui dirinya gementar untuk saingan di Russia, namun menyifatkan perasaan itu sebagai sesuatu yang dialami oleh semua pemain dan pasukan.
Dia yang mencatat lima gol ketika aksi kelayakan juga menjelaskan Piala Dunia 2018 adalah pentas untuknya membuktikan kemampuan di peringkat tinggi.
"Tekanan pasti ada tetapi itu adalah lumrah dalam permainan.
"Setiap kali saya menyarung jersi England, saya mahu membuktikan bahawa saya salah seorang pemain terbaik. Jadi, tekanan pasti tinggi dalam Piala Dunia dan ia pasti dirasai oleh semua pasukan besar.
"Saya gembira untuk beraksi dalam Piala Dunia pertama tetapi saya akan cuba mempamerkan aksi terbaik dan melawan setiap tekanan yang ada."