Harry Kane berbangga dengan cara bakat muda meningkat naik England yang mudah menyesuaikan diri dalam perlawanan peringkat antarabangsa selepas mereka meraih dua kemenangan pertama dalam kempen kelayakan Euro 2020.
Declan Rice dan Callum Hudson-Odoi melakukan penampilan pertama mereka ketika England menewaskan Republik Czech 5-0 dan Montenegro 5-1.
Kane, 25, tidak berasa ragu-ragu dengan masa depan England yang akan ditunjangi pemain muda berbakat dengan menambah dia kini merupakan sebahagian daripada pemain berpengalaman yang bertanggungjawab untuk membimbing barisan muda dalam skuad kendalian Gareth Southgate itu.
"Saya amat-amat berbangga. Tidak lama dulu, saya hanya berusia 21 tahun untuk melakukan penampilan pertama, namun kini mereka lebih muda daripada itu, jadi ia amat bagus untuk negara kami.
"Amat baik untuk saya menyaksikannya dan mungkin membantu jurulatih untuk mengembangkan bakat mereka.
"Saya, (Jordan) Henderson dan (Kyle) Walker perlu menjadi pemimpin dalam pasukan ini dan membuktikan yang kami mahu melakukan perkara-perkara itu.
"Kesemua mereka beraksi baik dan kami tidak perlu berkata banyak tentang apa yang mereka perlu lakukan.
"Kami hanya menyarankan mereka untuk menonjolkan diri dan itulah yang mereka lakukan.
"Mereka hanya mahukan bola. Mereka mengejar bola, bermain satu lawan satu dan menyerang.
"Bagi saya, ia amat sempurna.
"Saya hanya perlu membiarkan mereka melakukannya," katanya.
Bintang muda West Ham, Rice, mencuri tumpuan dalam penampilan pertamanya dengan memainkan peranan penting di bahagian tengah ketika England menewaskan Montenegro, semalam.
Rice, yang mewakili Republik Ireland dalam tiga perlawanan persahabatan peringkat senior sebelum memilih untuk mewakili England, menyatakan permohonan maafnya selepas mengeluarkan komen yang menyokong Irish Republican Party (IRA) dalam laman sosialnya pada 2015.
Di sebalik kontroversi itu, Rice teruja dengan sambutan penyokong England terhadapnya.
"Apabila saya menyedari apa yang telah saya mulakan, saya berasa amat bermaruah.
"Berjalan keluar amat luar biasa. Saya mempunyai keseluruhan keluarga di sana.
"Menyanyikan lagu kebangsaan dan saya dapat melihat mereka ketika menyanyikannya.
"Saya memandang mereka sebelum itu. Ia amat luar biasa.
"Saya menyangkakan mereka akan mengejek saya. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan penyokong terhadap saya.
"Namun, penerimaan penyokong England sememangnya di tahap tersendiri. Mereka menerima saya.
"Saya kini perlu mengekalkan standard yang tinggi dengan kelab saya dan berharap akan berada dalam perancangan mereka menjelang musim panas nanti.
"Itulah sasaran saya. Saya mahu berada dalam pasukan untuk tempoh yang lama kerana perkara mengujakan sedang berlaku," katanya.