Skip to main content

Bola Sepak

Kanada tamatkan mogok isu bonus Piala Dunia Qatar

kanada.jpg
Pemain Kanada bersetuju untuk menamatkan mogok mereka dalam misi meneruskan persiapan Piala Dunia Qatar 2022 sambil memberi amaran bahawa persoalan mereka masih belum terjawab dan tindakan susulan masih boleh diambil.

Pasukan itu, yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986, bertindak drastik melancarkan mogok selepas pertikaian mengenai hadiah wang ke temasya Qatar 2022, hujung tahun ini. 

Selepas perlawanan persahabatan menentang Panama terpaksa dibatalkan atas tindakan itu, Canada Soccer mendedahkan bahawa pemain-pemain hanya akan menerima 10 peratus daripada ganjaran yang diperuntukkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Badan induk negara itu kemudian menjelaskan 30 peratus daripada ganjaran terbabit dirancang untuk disalurkan kepada pasukan lelaki, 30 peratus kepada pasukan wanita sementara 40 peratus untuk persatuan.

Persatuan itu sebaliknya mendedahkan pemain-pemain telah meminta sekitar 75 dan 100 peratus wang berkenaan. 

Dalam masa sama, sepucuk surat daripada pemain sepakat menuntut 40 peratus daripada jumlah itu.




Malah, surat itu menegaskan isu bonus terbabit tertangguh gara-gara ahli lembaga eksekutif persatuan tersebut pergi bercuti sebelum pemain menerima 'tawaran lapuk' berkenaan minggu lalu.

Pasukan itu turut meminta maaf kepada Panama memandangkan mogok berkenaan berlaku dalam keadaan tergesa-gesa dan Kanada akhirnya kembali menyambung latihan minggu ini sungguh pun belum ada jalan penyelesaiannya. 

Advertisement

Must Watch Video