Bintang Real Madrid, Gareth Bale, berasakan pasukannya tidak bernasib baik ketika seri 2-2 di Las Palmas dalam aksi La Liga, malam tadi.
Skuad Zinedine Zidane dua kali berjaya dikejar semula selepas Marco Asensio dan Karim Benzema meletakkan pasukan mereka di hadapan.
Tana merapatkan kedudukan selepas jaringan pembukaan oleh Asensio sebelum Sergio Araujo menyamakan kedudukan kali kedua untuk Las Palmas pada minit ke-85.
Madrid kekal di tangga teratas walaupun seri dan Bale menyatakan mereka tidak bernasib baik untuk gagal meraih tiga mata.
"Kami kecewa kami tidak menang," katanya.
"Kami masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga tetapi apa yang paling penting adalah untuk mendapatkan tiga mata."
Bale menambah: "Kami tidak bernasib baik walaupun deretan peluang terhidang buat kami tetapi kini, kami akan bermain di Dortmund, dan kami perlu untuk bangkit semula.
"Kami tidak bernasib baik tetapi itu adalah bola sepak."
Madrid kembali beraksi dengan kunjungan ke Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara pada Selasa.