LALIGA
Kami sedang tunggu anda, ujar Modric kepada Neymar
Luka Modric dilihat berusaha untuk menggalakkan Neymar menyertainya di Real Madrid susulan aksi persahabatan di antara Brazil dan Croatia.
Neymar terus dikaitkan bakal kembali ke LaLiga untuk bersama gergasi Eropah itu, kurang setahun daripada perpindahannya yang bernilai EURO222 juta (RM1.1 bilion) ke Paris Saint-Germain (PSG).
Pemain berusia 26 tahun itu turun beraksi di Anfield buat kali pertama sejak Februari lalu dan menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 Brazil.
Iklan
Selepas perlawanan berakhir, Neymar bertukar jersi dengan pemain tengah Real, Modric.
Ketika memasuki bilik persalinan, Modric memberitahu Neymar, "Kami menunggu kehadiran anda", sekali gus mengundang ketawa kecil bintang Brazil itu.
Modric, yang kemudian ditanya mengenai perpindahan itu, berkata, "Mari kita lihat apa yang bakal berlaku!"
After today's friendly between Brazil and Croatia, Luka Modric and Neymar exchanged shirts.Modric: “We’re waiting for you [at Madrid], ok?” In which Neymar replied with a laugh. pic.twitter.com/vTQxKmZAdq— FourFourTweet (@FourFourTweet) June 3, 2018
Must-Watch Video



