Skip to main content

Bola Sepak

Kami memang layak tersingkir -- Jerman

timowerner.jpg
Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) memohon maaf kepada rakyat negara itu selepas skuad kendalian Joachim Low itu tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas 2-0 kepada Korea Selatan, semalam.

Kemenangan Sweden 3-0 ke atas Mexico memastikan Jerman menduduki tercorot dalam Kumpulan E, sekali gus tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1938.

Kegagalan Jerman melepasi peringkat kumpulan merupakan ulangan kepada bekas tiga juara dunia: Sepanyol pada 2014, Itali pada 2006 dan Perancis pada 2002.

"Kepada penyokong! Kami turut kecewa sama seperti anda semua," kata DFB kepada penyokong menerusi laman Twitter.

"Piala Dunia hadir setiap empat tahun dan banyak perkara yang telah kami rancangkan. Kami mohon maaf kerana gagal bermain sebagai juara. Jadi, kami layak untuk tersingkir daripada saingan kali ini.

"Anda telah memberikan sokongan di Jerman dan di stadium. Di Rio 2014, kita menyambut kemenangan bersama-sama. Tetapi dalam sukan, kekalahan adalah sebahagian daripadanya dan lawan kami berhak melakar kemenangan."

Kontrak ketua jurulatih, Low, akan tamat pada 2022 tetapi pengendali berusia 58 tahun itu enggan membincangkan  masa depannya selepas tewas di Kazan.

DFB tidak memberikan ulasan mengenai perancangan buat Low dan pasukan, sebaliknya mengucapkan semoga berjaya buat pasukan yang layak.

"Kami mengucapkan tahniah kepada Sweden dan Mexico, semoga berjaya.

"Terima kasih kepada Russia di atas layanan yang telah diberikan!"
 

Advertisement

Must Watch Video