Skip to main content

Bola Sepak

Kami ingin buktikan kami mampu hadapi siapa sahaja -- Cklamovski

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(13).jpg
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, masih lagi berteka-teki tentang barisan pemain utama yang akan dipilih menghadapi Vietnam di saingan Kelayakan Piala Asia pada 10 Jun.

Ini apabila Harimau Malaya bakal berdepan dengan Cape Verde terlebih dahulu dalam aksi persahabatan di Stadium KLFA pada esok sebelum sekali lagi hadapi pasukan yang sama pada 3 Jun dalam aksi tertutup.

Peter menyifatkan barisan terbaik hanya akan diketahui selepas dua perlawanan itu berlangsung untuk dia membuat tapisan terakhir sebelum misi membenam Vietnam bermula. 

"Perlawanan menentang Vietnam masih lagi jauh, perkara paling penting dalam bola sepak adalah perlawanan yang akan dihadapi selepas ini.

"Kita perlu hormati semua pasukan yang kita bakal hadapi dan itu apa yang kami akan lakukan untuk malam esok," kata Peter.





Dalam pada itu, Peter juga ingin melihat anak buahnya kekal dengan identiti bola sepak yang cuba dibawanya sejak hari pertama dan berharap tiada perubahan dari segi permainan tidak kira pasukan yang dihadapi,

"Kami ingin terapkan mentaliti untuk pemain kekalkan identiti permainan bola sepak kami, tidak kira siapa pun yang kami hadapi.

"Dalam masa sama ingin tonjolkan kepada semua bahawa 11 pemain di atas padang yang bermain untuk Malaysia mampu lawan sesiapa sahaja," katanya.

Advertisement

Must Watch Video