Penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland, berkongsikan pasukannya hari ini bukan lagi skuad yang sama seperti sebelum ini susulan kemasukan beberapa muka baru selepas nama-nama besar yang meninggalkan juara empat kali Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut itu.
Haaland yang tiba di Etihad pada 2022 mengakui perlu menggalas tanggungjawab lebih besar dalam pasukan ketika ini selain membantu muka baru mencari momentum mereka dengan cepat.
Pemain kebangsaan Norway berusia 25 tahun itu antara watak penting ketika mamacu kejayaan The Netizens muncul juara Liga Juara Juara (UCL) buat pertama kali pada edisi 2022/23.
"Ramai orang penting keluar jadi orang baru perlu masuk dan membuat perubahan dan orang yang telah berada di sini selama bertahun tahun perlu mengambil lebih banyak tanggungjawab.
"Saya perlu bimbing pasukan, bantu mereka yang baru masuk dengan cepat, kerana bukan mudah untuk datang ke negara baru dan beraksi serta-merta.
"Kami perlu membantu satu sama lain, memahami masa lalu adalah masa lalu dan kami bukan pasukan yang sama lagi. Kami mempunyai kualiti lain sekarang dan perlu menyesuaikan diri. Perkara penting adalah memenangi perlawanan." katanya kepada Sky Sports.
Antara muka baru yang menyertai skuad kendalian Pep Guardiola itu pada musim ini adalah Tijjani Reijnders, Rayan Cherki, Gianluigi Donnarumma, Rayan Ait Nouri dan James Trafford.

— Erling Haaland (@ErlingHaaland) September 9, 2025