Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, menganggap hanya sedikit kealpaan menghukum pasukannya hingga kecundang 1-2 kepada Selangor dalam Liga Super di Stadium Cheras, semalam.
PKNS turut mempunyai hasrat besar bagi menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan sebelum ini.
Namun, kehilangan fokus menyaksikan skuad Semut Merah itu dibolosi dalam setiap babak.
Pertama, kegagalan Mohd Shahril Saa'ri menangkap kemas percubaan Ilham Udin Armaiyn yang dimanfaatkan oleh Rufino Segovia untuk menyudahkan jaringan.
Ia diisusuli ruang yang terlalu luas diberikan kepada pemain tengah Selangor, Evan Dimas Darmono, yang menyaksikan pemain antarabangsa Indonesia itu meledak gol kemenangan tuan rumah.
"Kami memang ada peningkatan tetapi ia tidak cukup, terutama di bahagian serangan. Kalau kami boleh menyesuaikan diri, mungkin kami boleh berikan tekanan kepada lawan," kata Rajagobal.
Dalam pada itu, jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir, berkata kemenangan itu sebagai satu hala tuju yang baik untuk menghadapi lawan yang sama sekali lagi dalam pusingan kedua liga di Shah Alam, Ahad ini.
Selain itu, kedua-dua pasukan itu juga akan berentap dalam pertembungan separuh akhir Piala FA, hujung bulan ini.
Nazliazami turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan Segovia selepas tamat babak pertama apabila pemain itu alami kecederaan ringan.
"Saya menghormati Rajagobal kerana dia seorang jurulatih berpengalaman. Dia mempunyai cukup ramuan dalam perlawanan untuk menafikan usaha lawan," kata Nazliazami.