Pemain muda The Red Warriors (TRW), Mohamad Hakimi Abdullah, percaya rakan sepasukannya sudah belajar daripada kesilapan di Pasir Gudang untuk menghadapi saingan sengit menentang UiTM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam, malam esok.
Hakimi juga melaungkan keyakinan untuk cuba menguasai bahagian tengah sambil menghalang penyerang skuad The Lion Troops daripada melakukan asakan ke kubu Kelantan.
"Bukan rezeki kami untuk bawa balik mata dari Pasir Gudang. Kami telah berusaha gigih untuk mencari gol, malangnya jentera tengah mereka yang diketuai kapten, Shakir Shaari, bijak mengambil peluang.
"Kami terima kekalahan itu dan mahu bangkit semula menentang UiTM FC di gelanggang mereka. Saya percaya, kekuatan di bahagian tengah akan menjadi penentu kemenangan malam esok," katanya.
Hakimi yang juga kapten skuad Piala Belia Kelantan, musim lalu, berharap terus diberi peluang oleh pengendali, Marko Karljevic, untuk turun beraksi menentang skuad kendalian Ismail Zakaria itu.
"Minggu lepas, saya masuk menggantikan Fauzi Roslan ( Kojie) dalam separuh masa kedua.
"Harap jurulatih terus beri peluang kepada saya untuk bermain dan saya janji akan beri yang terbaik.
"Kami mahu mencari kemenangan kedua dan menghadiahkan tiga mata kepada penyokong setia," ujarnya.
Ditanya ketiadaan kapten, Cassio De Jesus mampu melemahkan benteng TRW, Hakimi menafikan sebaliknya percaya Karljevic sudah mempunyai pemain gantian yang mampu menggalas tanggungjawab berat itu.
"Kapten (Jesus) sangat penting di benteng pertahanan. Namun, ketiadaannya akibat kecederaan tidak melemahkan pasukan.
"Jurulatih sudah pasti memiliki perancangan sendiri dan sesiapapun yang diturunkan pasti menyedari tugas berat itu," katanya.