Skip to main content

Bola Sepak

'Kami akan selalu ikut JDT'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuching.jpg
Meskipun tewas tipis 0-1, Presiden Kuching City, Datuk Fazzrudin A. Rahman, tetap berbangga dengan prestasi anak buah berdepan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), semalam.

Jaringan Jairo Da Silva memisahkan jurang Harimau Selatan yang berhasil membawa pulang tiga mata penuh di tempat lawan. 

Dalam masa sama, kehadiran lebih 12,000 penyokong memeriahkan perlawanan tersebut dan kedua-dua pasukan menampilkan permainan memukau.

The Cats menerima pembelajaran berguna dan dijangka bakal tampil lebih kuat menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Jumaat ini.

Fazzrudin mengakui kehebatan skuad kendalian Xisco Munoz dan menjadikan kelab terbaik Malaysia itu sebagai model untuk dicontohi.

"Tahniah JDT. 

"Kami akan selalu mengikuti jejak langkah kamu," katanya di Facebook.
Football Shoes

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video