Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kali terakhir Malaysia beraksi, ini barisan utama pasukan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaya.jpg
Kurang dari dua jam sebelum Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, bakal mengumumkan senarai pemain yang bakal turun bagi aksi antarabangsa bertemu Cape Verde dan aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam.

Ketika ramai yang menantikan perkhabaran terbaru pasukan menjelang aksi ini, jom kita lihat kali terakhir Malaysia turun dengan pemain kesayangan rakyat Malaysia. 



Ketika bertemu Nepal, Harimau Malaya mempertaruhkan Romel Morales, Arif Aiman, dan Endrick Dos Santos di bahagian jentera serangan. 

Turut mencuri tumpuan adalah debut pertama pemain warisan baru negara iaitu Hector Hevel yang bertindak sebagai jeneral tengah dibantu Nooa laine.

Benteng pertahanan negara adalah Syihan Hazmi (Penjaga Gawang), Shahrul Saad, Harith Haikal, Dion Cools, Matthew Davies dan Corbin Ong.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak Malaysia dengan keputusan Malaysia 2-0

Advertisement

Must Watch Video