Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan sudah menerima surat rasmi pembatalan kontrak kerjasama di antara badan induk itu dan syarikat MyInspiration Sdn. Bhd.
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata pihaknya menerima surat rasmi itu, Khamis lalu dan satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkara tersebut hari ini.
"Pihak kami secara rasminya telah menerima surat pembatalan kerjasama di antara MyInspiration dan KAFA menerusi Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd.
"Kandungan surat itu tidak menyatakan apa-apa tuntutan, cuma menjelaskan mengenai sebab penamatan kontrak yang salah satunya disebabkan oleh kedudukan Kelantan yang tidak jelas dan sebagainya.
"KAFA bersikap terbuka dan akan meneruskan tanggungjawab (sebagaimana biasa) mengendalikan pasukan bola kesayangan rakyat Kelantan ini," katanya.
Afandi juga mengulangi komitmen KAFA untuk terus mencari pendekatan dan perancangan bagi memastikan agenda bola sepak negeri Kelantan berterusan.
"Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga menzahirkan sokongan terhadap sebarang usaha yang bakal diambil KAFA dalam memastikan skuad Kelantan terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M)," katanya.
Ditanya mengenai isu kehilangan ketua jurulatih, Marko Kraljevic dan keputusan Mohd Badri Radzi atau Piya yang memohon untuk dilepaskan, Afandi berkata satu perbincangan dengan pegawai teknikal pasukan akan diadakan untuk mengambil keputusan muktamad.
"Setakat hari ini, kami hanya membuat keputusan bersama tentang penamatan kontrak yang telah ditandatangani dengan syarikat tersebut sebelum ini.
"Mengenai perkara teknikal seperti pertukaran pegawai dan pemain (Kraljevic dan Piya), kami akan berbincang dengan barisan pegawai teknikal KAFA bagi membuat keputusan tentang keperluan pasukan," tambahnya.