Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih menunggu surat rasmi daripada syarikat MyInspiration Sdn Bhd yang mengumumkan menarik diri daripada kerjasama dengan persatuan itu semalam bagi menguruskan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata setakat ini pihaknya belum menerima surat rasmi daripada syarikat terbabit walaupun perkara tersebut telah dilaporkan media.
"Kami hanya mengetahui perkara ini melalui berita dan saya difahamkan ada kenyataan dikeluarkan pihak tertentu berkaitan perkara ini (tarik diri).
"Buat masa terdekat ini, kami mengambil pendekatan untuk menunggu secara rasmi dan bertulis berkaitan isu itu," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.
Semalam, media melaporkan selepas hampir tiga bulan menandatangani perjanjian kerjasama dengan KAFA, syarikat itu mengambil keputusan untuk menarik diri kerana mendakwa tiada persefahaman dalam perjanjian terbabit.
Sebelum ini, My Inspiration Sdn Bhd menguasai 70 peratus saham dalam Kelantan Red Warriors Sdn. Bhd (KRW) -- syarikat yang ditubuhkan menerusi kerjasama itu bagi mengatasi kemelut kewangan yang dihadapi KAFA.
Afandi berkata buat masa ini pihaknya tidak boleh mengeluarkan kenyataan selanjutnya berkaitan isu itu.
"Setelah menerima surat rasmi, kami akan mengeluarkan kenyataan selanjutnya dan kami melihat tidak cukup hanya satu surat rasmi bertulis kerana apa-apa sekali pun, sekiranya mahu membatalkan perjanjian perlu melalui proses sepatutnya.
"Terlalu awal untuk kami membuat kenyataan kerana kami hany atahu perkara itu melalui media," katanya.
-- BERNAMA