ESPANYOL 2 BARCELONA 2
Ernesto Valverde berkata insiden Frenkie de Jong dibuang padang membawa padah buat Barcelona pada saat-saat getir untuk sekadar seri 2-2 dengan Espanyol awal pagi tadi sambil menganggap pasukan bimbingannya berdepan kesukaran dalam perlawanan itu.
The Blaugrana bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mendahului 2-1 dalam pertemuan di Stadium RCDE itu susulan jaringan Luis Suarez dan Arturo Vidal, namun De Jong mengutip kad kuning kedua ketika 15 minit menuju masa kecederaaan.
Kad merah pertama dalam karier pemain tengah itu menjadi titik tolak kebangkitan tuan rumah untuk Wu Lei menyumbat gol penyamaan bagi kelab tercorot LaLiga berkenaan mencuri satu mata.
Valverde, yang pasukannya hanya menang sekali daripada empat perlawanan terakhir, menyeru pasukannya agar berjuang untuk mencapai kemenangan.
"Kami perlu berjuang dalam setiap perlawanan," katanya kepada pemberita.
"Kami bermula dengan teruk, kami berjaya bangkit tetapi malangnya kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Mereka memberi tekanan dan menyamakan kedudukan.
"Kehilangan Frenkie amat menjejaskan kami. Kami gagal menghasilkan gol ketiga, inilah bola sepak.
"Ini adalah perlawanan yang sangat kompetitif, pertemuan 'derby' yang mewujudkan banyak ketegangan dan emosi. Jika anda di ambang kemenangan dan seteru anda mendapatkan gol penyamaan, ia membuatkan anda berasakan seperti tercicir dua mata."
Barca sering dipaksa untuk bangkit dalam perlawanan kebelakangan ini, iaitu dalam kemenangan 2-1 di Leganes dan ketika seri 2-2 di Real Sociedad.
Valverde mengakui pemainnya mampu mencari jalan keluar daripada situasi yang sukar tetapi menganggap mereka perlu berhempas-pulas.
"Dalam perlawanan yang lain, kami mendapatkan gol terlebih dahulu," katanya.
"Kami berjaya memimpin permainan dalam empat perlawanan di tempat lawan manakala dalam pertemuan yang lain, kami mempamerkan kebangkitan.
"Kami mempunyai kapasiti untuk bertindak balas tetapi kami tidak mampu membunuh perlawanan ini. Kad merah itu memberi kesan dalam perlawanan ini," katanya.
Editor: Shaiful Shamsudin