Juventus harus mencabar Liga Juara-Juara (UCL) dan Serie A pada musim akan datang berikutan kejayaan merekrut Paul Pogba dan Angel Di Maria.
Pemain legenda Juve dan Itali, Gianluca Zambrotta, turut memberitahu Stats Perform bahawa dia menjangkakan Inter akan menjadi pasukan yang lebih mantap dengan kehadiran semula Romelu Lukaku ke kelab itu.
Juve mengesahkan khidmat bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Di Maria, semalam sementara ejen bebas, Pogba, akan menyusul jejaknya selepas meninggalkan Manchester United.
Pogba mengenali gergasi Turin itu dengan baik setelah menghabiskan empat musim di Stadium Allianz yang menyaksikan pernah memenangi Scudetto dalam setiap musim selepas 178 penampilan.
Sementara itu, bekas pemain United, Di Maria, bakal beraksi di Itali buat kali pertama dan ia kelab keenam bintang antarabangsa Argentina itu yang sering berkelana.
Selepas membawa masuk beberapa pemain berkualiti, Zambrotta berkata mencabar Serie A sahaja -– selepas menduduki tempat keempat berturut-turut -– tidak memadai buat Juve.
“Juventus pastinya perlu mengharungi kejuaraan berbeza kerana mereka perlu kembali bersaing, bukan sahaja di Itali tetapi juga di Eropah,” katanya.

"Dan mereka perlu melakukannya dengan segera, mereka tidak boleh menunggu lagi."
Zambrotta juga menilai kemunculan Lukaku di San Siro akan menghangatkan lagi saingan domestik musim ini.
"Dia merupakan seorang pemain yang pastinya boleh menjadi watak penting untuk Inter dan jurulatih jelas menghargainya. Dia pasti akan digandingkan dengan Lautaro Martinez.
"Mereka memiliki ramai penyerang. Tiada siapa yang tahu siapa yang akan keluar dan siapa lagi yang akan tiba. Tetapi gandingan Lukaku dan Martinez sudah teruji."

Only a few more weeks to the new EPL season, so layan these dulu. ?
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) July 10, 2022
Stream LIVE on @AstroGOmy: https://t.co/LB6Yrfd5yr pic.twitter.com/1APaNJ1fpl