Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter-cklamovski.jpg
Ketua jurulatih baru kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti. 

Pengendali dari Australia itu mengumumkan skuad 27 pemain sebentar tadi menjelang persiapan bertemu Nepal dalam kelayakan Piala Asia 2025, 25 Mac ini.

Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya tidak akan mengadakan sebarang perlawanan persahabatan sepanjang tempoh seminggu persiapan itu, manakala akan ada kehadiran muka baru akan menyusul sedikit masa lagi. 

"Kami telah memantau perlawanan liga malah sesi latihan untuk mengetahui perkembangan.

"Kebanyakan pemain beraksi di Malaysia. Bola sepak Malaysia potensi besar. Ada perkara yang boleh dipertingkatkan dan kalau semua pihak boleh bersatu berikan sokongan kepada pasukan kebangsaan, ia boleh bantu ditingkatkan dan menjadi sebuah keluarga. 

"Liga ini boleh dimajukan lagi dan pendapat saya disokong oleh data. 




"Dalam kancah liga Asia, minit permainan di Malaysia sangat rendah. Adakalanya rentak permainan tidak begitu menarik, agak perlahan dan aspek seperti ini boleh dikawal, dipertingkatkan serta perkara seumpama ini boleh membantu pemain. 

"Kita bercakap pasal revolusi, ingin menjadi yang terbaik tetapi liga Vietnam  dan Thailand sengit dan mempunyai minit permainan yang tinggi. Perlawanan liga mereka di tahap tertinggi. 

"Ia sesuatu yang perlu dikaji dan dan ditingkatkan," katanya dalam sidang media pengumuman 27 pemain negara di Wisma FAM sebentar tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, turut bersuara mengenai kualiti Liga-M yang seharusnya diberikan perhatian. 

Ia secara tidak langsung menggambarkan usaha awal merekrut pemain haruslah bermula di peringkat tempatan. 

"Adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. 

"Saya percaya (bola sepak) negara ini ibarat gergasi yang sedang tidur. Saya teruja tetapi ia memerlukan masa, kami perlu bina asasnya. 




"Tugas saya adalah bersama skuad kebangsaan jadi ia saling berkaitan, kita perlukan liga sengit, lebih banyak, pemain beraksi lebih baik dan persekitaran latihan yang lebih baik. 

"Kita tahu tahap kesihatan liga dan ada perkara yang perlu diberikan tumpuan. 

"Pembangunan bola sepak juga penting dan kami perlu bekerjasama dengan erat dalam mencari penyelesaian," katanya pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video