Pengendali skuad kebangsaan Bahrain, Dragan Talajic meluahkan keyakinan terhadap anak buahnya untuk mengatasi pasukan Indonesia dalam aksi pusingan Kelayakan Piala Dunia, awal pagi esok.
Bahrain yang akan beraksi di laman sendiri menentang Sang Garuda itu mahu menebus kekecewaan setelah tewas 0-5 ditangan Jepun pada aksi lalu.
Dalam satu sidang media pra-perlawanan semalam, Talajic berkata mereka sepasukan harus bersatu padu dan meletakkan harapan tinggi kepada anak buahnya.
"Mereka adalah pemain saya, ketika kami menang mereka adalah pemain saya, ketika kami kalah mereka juga adalah pemain saya" ujarnya.
"Saya yakin dengan mereka (pemain), dan kami akan tunjukkan bahawa kepada semua untuk terus mempercayai kami" tambahnya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi perkembangan positif pasukan bagi menghadapi Indonesia.
"Kami telah bersedia dengan persiapan rapi. Kami harap dapat bermain dengan baik. Perlawanan ini bukan mudah, dan kami hormat lawan kami" tambah Talajic.
"Setiap perlawanan sangat sukar. Kami hormat lawan, tapi kami tidak takut akan sesiapa" beliau berkata.
Perlawanan Bahrain menentang Indonesia akan berlangsung pada jam 12 pagi esok dengan siaran langsung dan live streaming menerusi Astro Arena 2, Astro Arena Bola, Astro GO, dan sooka.