Jurgen Klopp mengulangi pendiriannya bahawa dia 100 peratus komited kepada Liverpool dan menolak perbandingan 'sumpahan enam tahun' dalam kerjayanya sebelum ini tatkala dia cuba mengubah situasi musim suram ini.
The Reds tersingkir daripada kedua-dua piala domestik dan menduduki tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang perlawanan 'derby' Merseyside menentang Everton di Anfield, awal pagi esok.
Anak buah Klopp berkenaan dikecewakan Wolves 0-3 dalam aksi terakhir, lantas menimbulkan persoalan mengenai masa depannya, tetapi pengurus dari Jerman tersebut berikrar tidak akan angkat kaki sambil bertekad menyelesaikan masalah itu sendiri.
"Saya tidak akan dan saya tidak boleh angkat kaki," katanya kepada pemberita.

“Saya menggalas tanggungjawab yang besar dan saya mahu menyelesaikannya.
"Jika ahli lembaga pengarah percaya kepada saya maka kami perlu melalui kesulitan ini bersama-sama kerana apabila kami keluar (daripadanya), kami akan menempuhi satu tempoh yang hebat sekali lagi.
"Mungkin tempoh yang sukar sudah agak lama berlarutan, begitu juga bagi saya tetapi saya tidak memikirkan untuk pergi.
"Saya 100 peratus komited di sini."