Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Juanfran kembali perkukuh pertahanan Atletico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juanfran-of-atletico-madrid.jpg
Juanfran bakal kembali bersama Atletico Madrid dalam aksi suku akhir Liga Europa (UEL) berdepan Sporting CP selepas pulih daripada kecederaan hamstring.

Bek kanan itu cedera dalam aksi terdahulu berdepan Lokomotiv Moscow pada 15 Mac lalu dan digantikan pada separuh masa oleh pengendali pasukan, Diego Simeone.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu direhatkan sejak itu tetapi telah kembali berlatih bersama kesebelasan utama minggu ini.

Atletico mengesahkan Juanfran akan kembali beraksi berdepan kelab Portugal itu di Wanda Metropolitano.

Turut kembali pulih daripada kecedeeran adalah Sime Vrsaljko tetapi tidak tersenarai dalam skuad 18 pemain Simeone.
 

Advertisement

Must Watch Video