Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Jovic mampu serasi dengan Barcelona -- Krstajic

lukajovic.jpg
Ketua jurulatih Serbia, Mladen Krstajic, berpandangan bintang Eintracht Frankfurt, Luka Jovic, berpotensi bermain untuk gergasi LaLiga, Barcelona.

Barca telah dikaitkan dengan Jovic, yang meledak 15 gol dalam saingan Bundesliga dan 23 dalam semua kejohanan untuk kelab dan negaranya.

Jovic menjaringkan gol pertama dalam aksi antarabangsa ketika mengikat Jerman 1-1 di Wolfsburg, awal pagi tadi dan Krstajic memuji persembahan pemain berusia 21 tahun itu.

"Saya bukan ejen pemain itu, jadi saya tidak tahu," kata Krstajic.

"Tetapi dia memiliki potensi untuk bermain bersama kelab gergasi seperti Barcelona."

Jovic membuka jaringan dalam aksi persahabatan berdepan Jerman, dengan pemain sasaran Manchester City dan Chelsea itu menanduk menewaskan Manuel Neuer sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain gantian Jerman, Leon Goretzka, menyelamatkan maruah pasukan Die Mannschaft ketika perlawanan berbaki 21 minit sementara Serbia terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Krstajic, yang bakal memimpin Serbia berdepan Portugal dalam aksi kelayakan Euro 2020, Isnin ini, berkata lagi, "Jovic bermain dengan baik hari ini. Dia mempamerkan potensinya.

"Kami memiliki seorang lagi penyerang (Aleksandar Mitrovic). Mungkin kami akan menurunkan kedua-duanya berdepan Portugal.

"Portugal adalah pasukan pilihan tetapi kami tidak gentar berdepan mereka."

Advertisement

Must Watch Video