Skuad kebangsaan pada petang semalam mengumumkan kehadiran empat pemain warisan baru yang akan memperkuatkan Harimau Malaya menjelang aksi pusingan akhir kelayakan Piala Asia menentang Vietnam pada Selasa ini.
Pemain berkenaan ialah Imanol Machuca (sayap), Jon Irazabal (pertahanan), Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado (penyerang).
Kehadiran Joao dan Rodrigo dilihat dapat menambah ketajaman penyudah Harimau Malaya di depan gawang lawan memandangkan kedua-dua penyerang itu hadir dengan reputasi besar.
Joao merupakan penyerang kelahiran Sao Paolo, Brazil berusia 29 tahun dan kini mewakili pasukan gergasi Turkiye, Istanbul Basaksehir.
Dengan nilai pasaran €2.1 juta (RM10.16 juta), Joao telah melakukan 77 penampilan buat Basaksehir sejak 2023 dan mendaftarkan sebanyak 18 gol.
Terkenal sebagai penyerang serba boleh yang turut boleh beraksi di posisi sayap kanan dan kiri, Joao memulakan kerjaya profesionalnya bersama Atletico Mineiro dan kemudian beraksi bersama beberapa kelab antarabangsa seperti Kauno Žalgiris (Lithuania), OFI Crete (Greece), Al-Wasl (UAE), dan Gaziantep (Turkiye).
Dengan pengalaman luas beraksi dalam liga-liga antarabangsa, Joao berpotensi menjadi aset berharga untuk Harimau Malaya dalam menghadapi cabaran akan datang.
Rodrigo juga memiliki latar belakang menarik untuk memperkasakan jentera serangan skuad negara.
Pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina berusia 29 tahun itu kini sedang mewakili America de Cali dalam liga utama Colombia.
Rodrigo memulakan kerjaya profesionalnya bersama San Lorenzo di Argentina sebelum dipinjamkan ke Almagro. Dia kemudian beraksi di Mexico bersama Orizaba dan Veracruz. Pada 2018, dia berpindah ke Chile untuk menyertai Coquimbo Unido dan berhasil membantu kelab itu memenangi Primera B de Chile.
Rodrigo juga pernah bermain untuk Audax Italiano dan Curicó Unido di Chile, serta Gimnasia La Plata di Argentina. Pada Januari 2024, dia menyertai America de Cali dan kini memiliki nilai pasaran €800 (RM3.86 juta).
Setakat ini, dia telah melakukan 44 penampilan bersama America de Cali dan menjaringkan 17 gol.
Peranannya sebagai penyerang sejati sudah pasti ditagih untuk menjadi peledak utama Harimau Malaya, terutama ketika menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa ini. Ayuh penuhkan SNBJ!