Bekas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, tidak menolak kemungkinan berhasrat untuk bergabung semula dengan negara itu sekiranya memiliki peluang pada masa akan datang.
Meskipun mengharungI episod hitam bersama Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), pengendali kelahiran Korea Selatan itu tetap menyimpan rasa cintanya terhadap skuad kebangsaan itu kerana mendapat sokongan penuh daripada peminat tempatan.
Terdahulu, badan induk itu secara rasminya memecah Shin Tae-yong ekoran berdasarkan pertimbangan serta menilai tahap prestasi secara jangka panjang bagi semua lapisan skuad bermula pasukan utama sehingga dan skuad muda.
Meninjau satu audio siar (podcast) di Youtube, Shin Tae-yong, 54, menyatakan kerinduannya untuk melatih Sang Garuda meskipun sudah hampir tujuh bulan diberhentikan.
"Saya tidak menutup kemungkinan.
"Banyak perkara yang dilalui dan penggemar bola sepak Indonesia sangat menghargai saya.
"Jika ada kesempatan, saya akan kembali ke Indonesia sebagai jurulatih," katanya.
Tambahnya, dia masih belum mengetahui sebab utama kepada keputusan tersebut, namun enggan mengingatinya dan membiarkan ia berlalu pergi.
Dalam perkongsian itu juga, Shin Tae-yong turut mempunyai misi besar pada September ini apabila dilantik sebagai pengurus mengetuai skuad bawah 23 tahun (B-23) Korea Selatan ke Surabaya menghadapi Kelayakan Piala Asia.
Untuk rekod, kini dia merupakan jurulatih gergasi Korea Selatan, Ulsan HD, menggantikan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, yang telah tewas lapan perlawanan.