Jersi away Selangor musim ini bukan sahaja boleh dipakai oleh peminat The Red Giants ketika hadir ke stadium untuk menyokong kelab itu tetapi juga sebagai alternatif kepada baju raya.

Dengan tema keris yang digunakan semestinya mempunyai istilah kemelayuan yang tersendiri sekiranya menjadi pilihan penyokong pasukan merah kuning sebagai pilihan baju raya menjelang hari lebaran minggu depan.

Pasukan dari Lembah Klang itu turut membuka peraduan buat para penyokong untuk memakai jersi Selangor pada hari raya dan berpeluang untuk menangi pas bermusim kelab tersebut.