Skip to main content

Bola Sepak

Jersi Selangor 2024 ada aura Wolfburg?

jersi-selangor.jpg
Selangor FC, yang masih lagi kekal menggunakan jenama pakaian sukan Joma dari Sepanyol pada jersi rasminya bagi musim liga 2024/2025 akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Hampir setiap musim jersi Selangor pasti dinantikan oleh peminat The Red Giants kerana mempunyai keunikan tersendiri dan mewakili komuniti peminatnya.

 

Sebelum ini, Selangor pernah mendedikasikan jersi mereka khusus buat memori di Stadium Shah Alam, pemain legenda Mokhtar Dahari dan sempena Hari Kanser Sedunia berikutan bekas ketua pasukan Brendan Gan, yang pernah berjaya melawan penyakit kanser, sebelum ini.

Dijangkakan jersi baru Selangor bakal dilancarkan pada Jumaat ini.


 

Advertisement

Must Watch Video